
Haha Tetiba pula kan aku geram ni. konon je :) Sebenarnya aku tak ler geram mana pun. Saja je nak tunjuk perasaan. sambil picit-picit hidung. hahaha Haishh Nampakkan seberapa gediknya aku? eleh biarlah. peduli apa aku?
Okey kembali kepada tajuk. Aku ni nak kata geram, tak ler geram sangat. Saja je nak Story morry dekat sini yang sebenarnya aku diejek 'hidung kembang' hahaha kembang ke? tak ler kembang sangat hidung aku ni sebenarnya. Cuma aku saja je kembangkannya. Padahal hidung aku slimm tau. Mancung pula tuu haha Okey masuk bakul angkat sendiri :D Eh betul ler. hidung aku tak seberapa kembang. yeke? Entahh ler. biar jelah korang nak judge hidung aku macam mana pun. Yang penting hidung aku comel. Tak percaya sila tengok gambar ini.
![]() |
| SILA FOKUS PADA HIDUNG SAHAJA! |
Teringat pula dulu time aku kerja. Ada Customer tanya aku macam ni.
Customer : Awak ni Orang jawa ke?
Aku : Ya !
Customer : Patut ler ! Tengok hidung pun dah tahu !
Amboi. Bukan main menahu lagi eh kau? Asal hidung kembang je. Orang jawa. Habis tu macam mana dengan orang bukan jawa? Ada juga yang hidung kembang. Jawa juga ke mereka walaupun hakikatnya tidak.
So moral of the story, Don't jugde a person by her nose haha. Kembang kembang pun comel juga :D Bila bernafas je, aku akan dapat Oksigen lebih dari korang hahaha Jangan Jelly Jelly. Aku suka hidung aku, bila aku senyum. Hidung aku juga turut senyum. Sebab tu ia nampak kembang, ia terikut tuannya senyum sekali hehe Senyum tu kan sedekah. Bagus hidung aku ni, terikut juga aku buat sedekah :D
Okey ler. Aku malas nak cerita lebih-lebih ni. Nanti tak pasal-pasal semua buat pemedahan plastik sebab nak kembangkan hidung. Habis aku jadi Role model dorang. eh layak ke? haha.
#kepada kawan-kawan saya yang terlampau jujur tu. Terima kasih kerana perasan akan keistimewaan hidung saya ni. Saya terasa seperti sentiasa diperhatikan oleh korang. Nanti bahan ler hidung aku lagi. Aku tak kesah pun sebenarnya. malah lagi suka ada ler haha.
Okey ler Fullstop. salam.
sincerely,
Fazrina Erni



Tiada ulasan:
Catat Ulasan