-->
Fazrinaa Erniee

Rabu, 11 April 2012

SETAHUN ENAM BULAN TERLEBIH SEHARI BERSAMA AWAK

Harini aku just nak luahkan perasaan aku about my love. So orang lain kalau taknak baca aku lagi suka haha coz  pasal cintan cinton ni kadang-kadang aku pun malas nak baca hehe. maklum ler. hubungan orang bukan kita yang jaga kan? Hubungan kita, kita yang kena jaga. hehe yang penting bagi aku kebahagiaan dalam perhubungan. euww, jiwang noh haha aku tak suka. tapi kenapa perlu aku update pasal ni eh? haha entahlah. tetiba pula rasa nak cerita pasal love love bagai ni. maklum ler. bait-bait cinta aku dah masuk setahun enam bulan tapi terlebih sehari. tapi perlu ke aku bercerita? ahh suka hati aku ler. aku tahu orang yang dah bercinta lama pun belum tentu sampai ke jinjang pelamin kan? hehe. insyaallah kalau ada jodoh. kita akan kekal ya awak :) love you *malu malu ^^ 

sejak kita bersama banyak benda berlaku antara kita. suka duka susah senang kita lalui bersama. hehe*ayat macam jiwang ;p apa-apa jelah. yang penting saya bersyukur masih bersama awak sampai sekarang. hehe


dah lama kan kita tak berdating sambil tengok bintang kan? hehe rindu waktu berdua kita. sorry ler kalau saya banyak alasan bila awak ajak saya dating ke apa. saya busy sejak naik sekolah ni hehe. awak pun busy juga berniaga. masing-masing busy kan. tak apa ler. kalau ada masa  kita dating ya. harap awak tak marah :)


selama kita bersama awak tak pernah payungkan saya semasa hujan. yang pernah cuma redah hujan je. tapi tak apa. kata orang kalau berhujan bersama. hubungan boleh kekal lama. haha betul ke? entah ler. orang yang kata. saya just bagi tahu je. kalau orang tu tipu. maknanya saya pun tipu ler. sorry. hehe. but you always protect me like i was a quenn of your life. thanks awak. i will protect you too :) insyaallah.



kalau boleh setiap hari saya nak tahu khabar berita dari awak. setiap pagi apa yang saya akan tengok dulu ialah handset nokia awak bagi ni. harap ada mesej dari awak. walaupun cuma 'good morning'. tapi saya tetap bahagia hehe. sekurang-kurangnya awak tak lupa saya. dan masih ada saya dihati awak hehe walaupun awak tak ada kredit. kita masih IM di fesbok, di twitter pula DM saya awak tak pernah baca agaknya. hehe. mungkin awak masih tak reti guna twitter, skype pun jarang rasanya sebab awak kata bosan hehe. tak apa. yang penting. saya sayang awak :)



walaupun banyak halangan kita lalui bersama. awak masih bersama saya sampai sekarang. thanks awak. harap kita sampai selamanya ya. saya tak kesah macam mana pun awak. as your girlfriend, saya mesti terima buruk baik awakkan? hehe. tak kira apa orang nak cakap. saya tak peduli. kalau saya dah sayang. macam mana pun awak. awak tetap buah hati yang terbaik untuk saya :)



#nowplaying : Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu, tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu. Jika kau minta satu dunia akan ku cuba, ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia. hehe. lagu ni still ada dalam handset, awakkan yang letak? 

saya tak pernah minta intan permata sebab saya tahu awak tak mampu bagi, :D tapi adanya awak dah cukup buat saya bahagia. diri awak amat berharga buat saya. 

#thanks buatkan saya burger time saya sedang lapar. hehe. 


awak tak pernah jauh dari hidup saya. mana taknya. asal saya call pakai public sekolah suruh awak ambil. awak mesti ambil. kalau saya nak pergi mana-mana awak selalu hantar. susah kita nak berjauhankan? hari-hari jumpa walaupun sekejap sahaja. awak sanggup ambil saya balik sekolah walaupun awak ada class. saya tetap tunggu. asalkan awak ambil saya hehe. tapi cuma time cuti sekolah je. baru kita jarang jumpa. hahaha. pelikkan. tapi tak apa ler. asalkan saya masih ada awak saya sangat bersyukur. 

#nowplaying - walau raga kita terpisah jauh, namun hati kita selalu dekat, bila kau rindu pejamkan matamu dan rasakan aku. kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh terhapus ruang dan waktu. ku percayakan kesetiaan ini pada ketulusan aishiteru 

p/s ; eh sejak bila aku reti layan lagu indon ni? entah ler, sejak lagu ni asyik masuk radio je. aku pun layankan je  ler.



awak sentiasa sirami saya dengan bunga-bunga cinta. ewah jiwang pula saya haha. apa-apa pun awak sentiasa buat saya tersenyum. walaupun kadang-kadang awak kuat cemburu. saya tetap tersenyum. lawak ler. ada ke patut cemburu pasal benda yang tak masuk akal. haha 

#kalau lah saya ni market sekali pun. tak mungkin ada lelaki yang market nak dekat saya. maklum ler saya ni bukan cantik sangat pun jika nak dibandingkan dengan lisa surihani yang awak minat tu hehe. saya orang biasa je, dan saya cuma ada awak je lelaki yang paling hot di hati saya hikhik

#sorry kalau saya terbuat awak cemburu hehe



dah lama kan kita tak pergi hutan bandar mpjbt. dah lama tak naik buai bersama. dah lama tak tengok kura-kura dekat sana. dah lama tak berjalan dekat sana. semuanya dah lama. okey lama haha. rindu time kita berdating. dah lama sangat kot rasanya tak berdating. awak dah jarang bawa saya berjalan. awak cuma berjalan dengan kawan-kawan awak. tapi saya tak kesah selagi hati awak masih ada untuk saya. saya akan tetap percayakan awak. walaupun awak dengan perempuan lain :)



dulu saya selalu teringin nak dapat boyfriend yang pandai main alat muzik. boleh main muzik untuk saya. tapi saya tak dapat boyfriend macam tu, yang saya dapat cuma boyfriend yang cuma tahu merempit je. setting-setting motor tu ler hobinya. kata awak bini awak ialah motor. dan saya isteri awak. ahh mana boleh. saya nak jadi bini dan isteri awak. nampak tak? nampak tak yang awak tu utamakan motor awak juga. saya sedar kalau tanpa bini awak tu. mungkin awak tak dapat ambil saya balik sekolahkan? mungkin saya tak dapat balik rumahkan? haha K fine. saya rela jadi yang kedua hehe

#saya suka bila dengar awak nyanyi walaupun suara awak tak macam zayn malik, harry styles, hazama, black, mahupun hafiz. tapi suara awak boleh buat saya tersenyum sorang diri. :')



awak tak pernah bagi saya bungakan? haha. tapi tak apa. saya bukan suka sangat pun. tapi saya sangat suka dan hargai hadiah yang awak bagi tu. jam.jam yang awak bagi tu buat saya teringatkan awak setiap detik setiap masa setiap saat setiap waktu dan setiap apa-apa jelah haha. walaupun colour lain yang saya minta. tapi colour lain yang awak bagi. tak apa makin saya pakai jam tu, makin saya suka jam yang awak bagi tu.

#thanks awak. pink hitam pun cantik juga  :)



dulu time kita tak busy. awak selalu bawa saya berjalan. dan awak tahukan yang saya paling suka pergi bazar karat. walaupun cuma hanya untuk cuci mata je. awak tetap bawa. kalau saya kata saya nak tengok movie. awak mesti bawa saya tengok movie. kalau saya suruh hantar pergi mana-mana, awak mesti nak hantar saya. kalau saya suruh awak ambil balik sekolah, awak mesti ambil saya balik sekolah. kalau saya kata saya lapar, awak mesti bawa saya keluar makan. kalau saya kata saya bosan, awak mesti datang rumah saya untuk lepak. walaupun depan rumah je hehe awak sentiasa adakan masa untuk saya.

#saya teringat janji awak nak bawa saya makan kacang pool. sebab saya tak pernah makan kacang pool. time tu awak still belum habis spm. awak janji nak bawa saya makan kacang pool. tapi selepas berbulan-bulan baru awak bawa saya. dan now saya baru tahu apa itu sejenis makanan yang dinamakan sebagai 'kacang pool'. haha. thanks awak sebab masih tunaikan janji awak walaupun lambat :)



After spm, kita pernah apply tempat belajar yang sama. course yang sama. kononnya tak boleh berpisah jauh ler. haha konon je. tapi syukur alhamdullilah still bersama sampai sekarang. tak berjauhan pun hehe. tapi lepas ni macam-macam boleh berlakukan? tak semua yang kita rancang akan berlaku, harap kita kena terima takdir yang Allah dah tentukan untuk kita. sebab tu ler yang terbaik. kalau saya jauh dari awak. harap hati saya dan awak tak berubah. saya cuma nak yang terbaik untuk hubungan kita terus kekal. saya pun harap masa depan kita berdua akan cerah hehe. insyaallah. amin :)



saya akan buat apa sahaja untuk awak sayang, asalkan benda yang awak minta tu bukan yang tak elok sudah haha awak suruh saya jadi menantu yang baik. awak nak gendengkan saya dengan ibu awak. okey yang tu lawak. tapi nasib baik ibu awak baik dan tak kesah. segan juga saya bila awak ajak saya keluar dating bersama dengan ibu awak. sampai ibu bawa saya balik rumah. katanya 'rumah cik banyak budak, nanti datang ler lagi' haha kalau boleh memang ler saya nak datang selalu cik. tapi memandangkan saya seorang wanita yang sangat pemalu. terpaksa ler saya kurangkan diri untuk ke sana. walaupun rumah kami tak ler sejauh mana haha. 

#untung dapat ibu mentua yang sporting. haha ibu mentua ke?



awak awak. saya tetap sayang awak tau. walaupun kadang-kadang awak menyakitkan hati, membosankan dan yang sekutu dengannya. haha sorry to say ler. semua orang kan tak perfect. tapi sejujurnya, ada masa awak pun menyakitkan hati saya. dan saya juga begitukan? haha sorry ler. kalau saya tengah marah, awak jangan ler naik marah juga. kalau saya kata saya nak sendirian. awak jangan ler cari saya. sebab saya akan cari awak punya. hehe. kalau saya tengah merajuk ke apa ke. biar je. nanti saya akan okey punya. hehe yang penting kita kena berfikiran positif kalau kita dilanda masalah ya hehe. 

#sorry kalau saya teremosi bagai. maklum ler. wanita kan moodnya sentiasa berubah-ubah. harap awak faham itu :)




sorry kalau saya call awak time awak tak ada kredit. sorry kalau saya ganggu awak time awak tengah busy. saya cuma nak tahu yang awak still ada dalam hidup saya. saya cuma takut kehilangan awak. saya nak awak sentiasa ada dalam hidup saya. awaklah penyeri hidup saya hehe. dan saya paling suka kalau awak cakap 'ily' walaupun ia ayat serba ringkas tapi sekurang-kurangnya saya tahu yang awak still sayang saya. even jarang ler awak cakap ayat itu. tapi sikit pun saya tak kisah. yang saya tahu hati awak masih milik saya. 

#sila betulkan saya kalau saya salah hehe. jujur lebih baik daripada bahagia dengan penipuan :'/



saya selalu berangan nak melancong satu dunia dengan awak. tapi 10tahun akan datang ler. mungkin time tu kita dah jadi husband and wife. maybe. dan ada kewangan yang stabil hihi dan tempat yang paling saya nak pergi ialah  New York City dan Brooklyn Bridge di New York US, Palengue(The Ruined City of Maya) dan Teotihuacan di Mexico, Eiffel Tower dan El Panteon Street di France(The City of Love). Santorini, di Greece(The Best Beaches and Islands), Seville Plaza dan Alcazar Castle Segovia di Sepanyol, Amsterdam di Netherlands, Queenstown, Mt Cook National Park, Lake Matheson, Hobbition dan Rotorua di New Zealand, Milan, Hawaii, Munich, Bali, Perth, Melbourne, Sydney, Korea, Hong Kong, Beijing. London, Japan dan sebagainyalah haha. nampakkan saya sangat suka berangan. haha tak apa. cikgu kata kita kena berangan barulah kita ada cita-cita nak sampai ke tahap yang kita berangankan tu hehe. insyaallah kalau diizinkan Allah. kita akan pergi ya :)



awak awak. bila awak nak melamar saya jadi suri hidup awak ni? tahu tak saya dah tak sabar nak kahwin ni. eeww gatalnya saya haha. tapi tak apa. saya akan tunggu saat awak melamar saya. hehe kalau ada jodoh kita kahwin okey. kalau tak ada jodoh tak apa. saya redha. Allah dah tentukan yang terbaik untuk kita kan. harap awak tetap bahagia walaupun bukan dengan saya ;'/



now hubungan kita baru setahun enam bulan. tapi saya rasa macam dah seratus kali sambut anniversary dengan awak. hehe. walaupun anniversary kita tak pernah sambut. tapi awak tak pernah lupa nak wish anniversary kita selama ni. cuma saya je yang asyik lupa. hehe sorry awak :) harap kita boleh kekal ya. awak je lelaki yang saya sayang as my boyfriend. tak ada boyfriend lain. harap awak yang terakhir ya. hehe hanya ajal yang boleh memisahkan kita. saya akan sayang awak sampai akhir hayat saya. insyaallah :)



kepada awak si abang sayang : awak tetap terbaik untuk saya. awak je yang sanggup terima saya yang kurus kering ni. tak lawa tak menarik dan bla bla bla. semua yang buruk pasal saya ler. haha harap awak boleh terima saya seadanya. dan sorry kalau saya dah sakitkan hati awak. ataupun benda yang saya coretkan ni dah buat awak sakit hati or terasa ke. saya minta maaf ya :) saya sayang awak tau. tu je yang perlu awak tahu. 


#okey now i want to end my love story. because i take a very long time to finish my story. macam buat novel ler pula kan? haha tapi tak apa. yang penting saya puas. now i would like to end my story. Kbye. salam. end~








disediakan oleh fazrinaerni at 4:18 PG /> 0 comments
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Selasa, 10 April 2012

KENALI SAYA HAHA

my name is Nur Fazrina Erni bte Mat Yusof .known as ERNI .anak uncle USOF and aunt IKIN .adik kepada FATEN .kakak kepada TEAH ,FARA ,and also ERNA .sememangnya saya seorang perempuan yang berumur 19tahun muda .staying at JOHOR BAHRU .tidak tergolong dalam kategori CANTIK ,AYU jauh sekali .sangat PEMALU ,PENYEGAN ,PENDIAM dan tidak MESRA ALAM .mesra bila sudah lama kenal sahaja .sentiasa HAPPY dan tak LUCKY ,bila dah start bercakap aku susah nak berhenti .macam orang tertelan keset .saya tak SOMBONG .saya sangat JAHAT .saya SWEETALKER and PLAYERS =) .proud ?yess i am .ahhh !maka HATI-HATI bila berkawan dengan saya .jauhi saya jika anda rasa saya BAHAYA !saya sentiasa sibuk dengan kerja rumah ,aktiviti luaran yang tidak berfaedah ,kewangan .percintaan ,dan masalah dunia ...blaaa ...blaaa....ouh letihnya menjadi DEWASA .suka BERSENDIRIAN ,BERSEDIHAN ,BERANGAN dan berfikir perkara yang tak LOGIK di akal .hahaha .mempunyai masalah yang tak pernah selesai dan tidak pernah cuba untuk menyelesaikannya .aku seorang yang MEMBOSANKAN .dan tak BEST langsung .jadi aku bukan lah wanita PUJAAN lelaki .hehehe .sangat menganggumi kaum ADAM kerana ia mySUPERHEROES yang terhebattt!!! kaki tidur + penakut + kuat makan + serabai + menggelabah + pelupa = diri aku sebenarnya .yaaa ..FULLSTOP~
disediakan oleh fazrinaerni at 7:18 PTG /> 0 comments
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Jumaat, 6 April 2012

ONE DIRECTION ^^


what makes you beautiful by one direction <3



Omg saya dah tergilakan group one direction ni hehe. mula-mula biasa je. tapi bila asyik tengok video ni. aku dah jatuh hati ni >.< wahhhh. sanggup repeat banyak kali video ni. sebab ramai mat saleh handsome. sambil tengok sambil cuci mata lalala~ actually, One Direction are a British-Irish boy band consisting of member NIALL HORAN, ZAYN MALIK, LIAM PAYNE, HARRY STYLES and LOUIS TOMLINSON. mereka sangat handsome tau. tak percaya tengok ler gambar mereka.



Niall Horan

Niall Horan ni bagi aku biasa-biasa je. tapi paling aku terkejut, dia sebaya dengan aku. niall horan ni lahir pada 13 september 1993. from Mullingar Ireland. patut ler muka dia macam budak-budak sikit hehe. aku ada ternampak gambar dia dengan Demi Lovato. bila selidik-selidik. macam ada love affair je mereka ni. hehe. tak percaya? okey biar aku tunjuk buktinya haha. ni hah --->tak silap aku Demi Lovato ni umur 20tahun kot. sebab dia lahir bulan ogos 1992. Demi lovato ni penyanyi dan pelakon. alah yang nyanyi lagu skyscaper tu. dia pun pernah berlakon dalam Camp rock. demi lovato ni bukan calang-calang orang dia ni serba boleh. boleh menyanyi, pencipta lagu, pemuzik, pelakon dan juga penari. untung ler Niall dapat dia. hehe walau apa-apa pun aku tak ada ler kisah sangat pasal niall ni. yang aku kesah pasal si Zayn Malik ni. 







zayn malik <3

nampak tak baju dia? comel tau ada love. tu maknanya hati dia milikku.  Ewah perasan pula aku haha.  zayn malik ni sangat handsome. tengok senyuman pun dah tahu, tergoda aku lalala~  hehe. zayn malik ni pun umur dia sebaya aku. tapi dia lahir awal dari aku ler (12 januari1993). hobi dia menyanyi dan binatang kesukaan dia pula singa. dia dari England, Bradford. Religious Views- Muslim, Mixed Race- Half Pakistani and Half English. patutkan muka dia alah-alah arab gitu. ahh yang penting dia handsome. saya suka. :)








seterusnya Liam Payne
liam ni pun boleh tahan ler juga hehe nama sebenar dia ialah Liam James Payne lahir 29 ogos 1993(Virgo). Dia sangat suka tengok filem Toys Story. mesti ramai orang tak tahu kan yang dia cuma ada 1buah buah pinggang. mana taknya. lagi sebuah buah pinggang dia dah dermakan dekat aku. tu yang aku rasa terharu gila ni >.< haha okey aku gurau je :) Liam is a loyal and faithful boyfriend. untung ler siapa yang dapat dia.




dan ni pula lelaki yang paling paling aku suka Harry Styles <3

harry i loves you. cehh amboi over pula. haha kepada si dia sorry ya. jangan jeles hehe. harry ni rambut dia kerinting. i loikee. dan dia juga ada lesung pipi, senyuman dia manis. harry boleh tak awak jadi boyfriend saya? hehe nama dia sebenarnya ialah Harry Edward Styles. Harry merupakan ahli kumpulan yang muda, sebab umur sebaya adik aku. dia lahir 1febuary1994(aquarius). *yeahh aku pun aquarius juga hehe Home Town nya di Holmes Chapel, Cheshire. dia suka tengok filem 'Love Actually' dan rancangan Tv 'Family Guy'. Dia minat 'The Beatles' Band. mak dia kata dia sangat romantis. eh betul ke? entah ler aku pun tak tahu. aku cuma terbaca dari google je. nak kenal dia pun bukan dapat. huahua :'/  sedar diri ni hehe. kalau lah dapat jumpa dan kenal Harry ni kan best. 




akhir sekali ialah Louis Tomlinson
.
Many girls said he is handsome and cool and also has a great talent in music. memang tak dinafikan pun yang dia memang handsome. tapi tak sehandsome Harry Styles ler haha :D sebenarnya nama penuh louis ialah Louis William Tomlinson. Lahir di Doncaster, South Yorkshire, England pada 24December1991. umur 21tahun. sebaya kakak aku rasanya. so kakak. kakak single kan? try ler usha dia. hihi Louis ni merupakan ahli yang paling tua dalam One Direction. dalam keluarga dia yang sulung daripada empat beradik. 



#okey ler dah puas aku cerita pasal one direction. now masa untuk aku tidur. boleh tahan mengantuk ler juga ni hehe. sebelum aku blah aku nak letak gambar boyband ni ler.



smart kan dorang ni? haha daripada Kpop. sorry to say ler, memang aku tak minat Kpop Kpop ni. blurpp. terlepas pula cakap hehe. tak apa ler, nak buat macam mana. group ni juga yang aku suka daripada nak dibandingkan dengan SJ dan entah apa-apa lagi, aku tetap pilih One Direction. mereka juga terbaikk. yeahh!! now i nak go go. so goodbye. end~
disediakan oleh fazrinaerni at 2:21 PTG /> 0 comments
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

APPLE APPLE APPLE

harini dapat pegang lappy apple kepunyaan cikgu. makk aii. ringan dan sangat jakun ler juga. haha mana taknya. selama ni tengok dari jauh je. dan sangat geram bila cikgu menggunakannya. haha kalau lappy tu milik aku. dah semestinya aku tak kasi guna. hanya simpan dalam almari je. maklum ler. sayang nak guna. dah lah mahal tu kalau nak beli. hmm. kalau aku nak beli pun, kena pakai duit sendiri. buat masa sekarang duit simpanan sah-sah ler tak cukup buat beli lappy, hehe *malu malu*. tapi tak salah berangn. ehh dan tahu tak apa aku bayangkan bila aku pegang lappy tu? semestinya aku bayangkan buah apple
 macam ni --->



hehe sedapnya kalau dapat makan. dah ler lama tak makan buah apple.kesian. kesian. hmm. tapi tu tak penting yang penting angan-angan aku nak dapat lappy apple macam ni ---> 
cantikkan? dah ler colour purple tu. saya suka saya suka haha kalau lah aku dapat. aku akan tunjuk satu dunia yang aku ada benda alah ni. wahhh berlagaknya aku hahaha. tak kira yang penting aku tetap nak. tapi aku kena usaha sendiri ler kalau nak lappy ni. hehe. usaha kan tangga kejayaan. :) hmm okey ler. sampai sini jelah coretan aku. eh coretan ke? haha. apa-apa jelah. yang penting aku nak habiskan cerita aku sekarang. okey bye. END~
disediakan oleh fazrinaerni at 8:26 PG /> 0 comments
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Rabu, 4 April 2012

HASIL TANGAN SAYA HAHA

gambar yang sebenar



gambar sebenarnya macam yang dekat atas ni ^^ tapi bila aku lukis jadi macam apa entah. boleh tahan buruk ler juga. tak cantik langsung. hmmm susah juga nak lukis muka orang. bila aku lukis jadi muka monyet ler pula. haha agaknya orang serupa dengan monyet ke? asal lukis orang je jadi monyet. lukis orang jadi monyet. bila aku boleh lukis muka orang dengan secantik-cantiknya ni? hmm okey masih berusaha haha sila tengok gambar di bawah ni. dan sila bagi komen. nak hina pun boleh. sebab lukisan saya memang tak cantik hehe :) okey bye salam.END


gambar aku lukis :'(
disediakan oleh fazrinaerni at 10:00 PTG /> 0 comments
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

cinta pandang pertama.

yang baju merah bawah ni ialah cinta pertama saya. emak, angah sayang emak :*
aku percaya pada cinta pandang pertama. buktinya sejak aku buka mata. orang yang pertama aku pandang ialah mak aku. norashikin binti md sapuan. aku cinta dia. sampai sekarang cintaku pada mak aku tak pernah hilang dan insyaallah takkan hilang. emaklah emak yang paling terbaikk aku ada dalam dunia ni. aku sayang mak aku sangat. mak masih sanggup sayang aku walaupun aku degil sangat. mak sanggup bersabar, berlapar, tersenyum walaupun dia sedang sedih. tapi aku try nak jadi yang terbaikk untuk mak aku juga. macam mana dia sayang aku. macam tu jugalah aku sayang dia. more and more. thanks because always with me. tak sanggup kehilangan kamu emakku sayang. #okey semua orang tahukan. Syurga terletak dibawah tapak kaki ibu, tak ada kan orang cakap syurga  terletak dibawah tapak kaki bapa? kalau ada tu maknanya orang tu sesatlah tu haha.sebenarnya ibu bermaksud kepada apa yang terkandung kepada diri ibu.  Di diri ibulah Allah jadikan kandungan yang adanya rahim yakni hadirnya manusia kedunia melalui proses dari rahim ibu.  Maka apa yang Allah perbuatkan di rahim ibu adalah gerak dan diam, dari kosong kepada ada, dan kepada ada maka terbentuk, dan jadinya seorang bayi yang bersifat, bernama dan atas ifaalnya maka lahirnya seorang bayi. dan bayi tu saya ler. hehe tapi sekarang bukan bayi lagi sebab saya dah besar. 19tahun sudah heheMaka sedarilah Allah menempatkan sesuatu yang diciptanya pada diri ibu.  Maka pada setiap ibu, Allah telah berikan satu sanjungan yakni Rahim.  Maka dari sifat pemurah Allahlah yang menjadikan sesuatu kepada sesuatu. Allah marah jika apa yang dianugerahkannya diabaikan oleh manusia.  oleh itu manusia kenalah bersyukur dengan anugerah yang Allah dah berikan. *kalau terdapat anak ke apa ke. sila ler jaga anak itu seelok-eloknya. tak payah peduli orang cakap apa. orang yang mengata akan buat kalian dapat pahala percuma. hargailah anak yang Allah dah bagi :)okey saya taknak cerita lebih. semua orang ada akal kan? boleh fikir kan? so saya nak minta diri dulu. bye assalamualaikum :) END
disediakan oleh fazrinaerni at 8:05 PG /> 0 comments
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

HELLO BLOGGER. SAYA RINDU KALIAN HEHE

hollaa dah lamanya tak updates belogg saya ni. rasa rindu pula ni. mehh saya cium  muah muah muah haha actually, dah dekat setahun lebih kot saya hilang. ohh rasanya lah kan. mana taknya after spm saya terus bersikap sombong dengan blog saya ni. maklum ler. madah berkerja je. sampai tak ada masa nak updates belogg walaupun banyak perkara yang terjadi pada saya hehe sorry ler. sangat busy dengan hidup saya sebagai seorang wanita berkerjaya. *puihh konon hahaha now saya dah tak kerja lagi. rindu nak pegang duit sendiri hua hua :'( duit madah habis je sejak sambung belajar ni. tapi tak apa. saya dah buat keputusan nak sambung belajar. habis belajar boleh cari duit juga apa. ilmu lagi penting. tuntut ler ilmu selagi kita mampu :) 
sebenarnya saya masih sekolah hehe. sekolah di smktmr. best sangat dapat jumpa kawan baru. sekolah baru. tapi rindu ler juga dekat kawan lama :'( dorang semua berjaya. kebanyakkannya masuk matrik, U, poli tapi saya je sorang tertinggal di sekolah. saya sangat cemburu ni. hmm. but at the school. saya ada kawan baru. terutamanya di kelas 6ungku aziz. semuanya sporting. saya suka saya suka hehe. dan sekarang baru saya teringat  penolong kelas saya suruh promote nama dia di dalam blog hehe. okey i will do it. maklum ler kamu kan HOTSTUFF. mahu dikenali sahaja haha. okey ketua kelas saya namanya Poh Hoi dan penolongnya Muhammad Nasarudin atau sadin haha Mr sadin ni gila market agaknya.
#okey bagi kawan yang lain. sorry tak mention nama kalian hehe lain kali jelah. now i gt to go :) FULLSTOP
disediakan oleh fazrinaerni at 7:30 PG /> 0 comments
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)

CIKK BELOGG

CIKK BELOGG
Assalammualaikum. my name is Nur Fazrina Erni bte Mat Yusof. known as Erni. Anak uncle Usop and aunt Ikin. Sememangnya saya seorang wanita yang berumur 21tahun muda. staying at JB. Now study dekat Shah Alam. tidak tergolong dalam kategori cantik, ayu jauh sekali. Sangat pemalu, penyegan, pendiam dan tidak mesra alam langsung haha so agak-2 anda tak suka saya. Tak apa. saya suka jadi diri sendiri. :)

Mohamad Nor Azam Bin Misron



Daisypath Anniversary tickers

MY FAMILY

MY FAMILY
serius .i miss you >.<

MY STATUS :


Mood Rindu Family and also Gula Hati

Apa Yang Menarik Di Blog Saya

  • Oktober (17)
  • November (2)
  • April (7)
  • Mei (4)
  • Jun (3)
  • November (2)
  • Disember (3)
  • Januari (2)
  • Julai (1)

Senarai Pengikut Kesukaan Saya

TINGGALKAN JEJAK ANDA DISINI ^^

pot pet di twitter sebentar

HOME


copycat tidak dibenarkan disini_anotss.blogspot. Dikuasakan oleh Blogger.